Friday, May 11, 2012

Bahaya Barangan Plastik!



Barangan Plastik Salah Satu Penyebab Kanser!!!
 
Barangan yang diperbuat daripada plastik lebih menjadi pilihan suri rumah sekarang. Selain murah, barangan plastik lebih tahan lama dan mudah untuk di kendali berbanding dengan yang lain. Ianya di katakan sesuai digunakan untuk semua peringkat umur terutamanya untuk kanak kanak. 


 
Ini merupakan kod yang dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry sejak tahun 1988 di Amerika Syarikat dan telah diadaptasi oleh lembaga-lembaga yang mengembangkan sistem kod, seperti ISO (International Organization for Standardization). Mungkin anda pernah terlihat simbol ini yang secara umumnya berada di dasar barangan plastik. Tapi tahu tak apa makna setiap simbol dan kod ni? Setiap simbol dan kod yang tertera memberi maksud tersendiri seperti berikut:
1-PET atau Polyethylene Terephthalate




 
 
Biasanya, pada bahagian bawah kemasan botol plastik, tertera simbol tiga segi ni dengan angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET di bawah segitiga. Simbol itu biasa dipakai untuk botol plastik yang jernih/transparent seperti botol air mineral dan hampir semua botol minuman lain. Botol Jenis PET/PETE ini dicadangkan “hanya untuk sekali pakai”.
KENAPA?
Bila kerap sangat dipakai, terutamanya bila digunakan untuk menyimpan air panas akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut mengeluarkan zat karsinogenik yang dapat menyebabkan  kanser  dan ada kes seorang perempuan menghidap   kanser   payudara, dan setelah di diagnosis oleh doktor, polimer-polimer dari botol minuman ini berada dalam sel   kanser   tersebut.
2-HDPE atau High Density Polyethylene


 
HDPE biasanya dipakai untuk botol  yang berwarna  (bukan jernih), tupperware, kursi lipat, dan lain-lain. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang sesuai untuk digunakan kerana kemampuan untuk mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman yang disimpan dalam bekas plastik ini.
HDPE memiliki sifat  yang lebih kuat, keras  dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Sama juga seperti PET, HDPE juga dicadangkan hanya untuk sekali pemakaian, kerana tindakbalas antimoni trioksida terus meningkat seiring waktu.
3- V atau Polyvinyl Chloride




 
Plastik ini biasanya digunakan sebagai plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. PVC mengandung DEHA yang dapat bertindakbalas dengan makanan yang dibungkus dengan plastik berbahan PVC. Tindak balas yang terjadi antara PVC dengan makanan yang dibungkus sangat berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.Sebaiknya kita mencari alternatif pembungkus makanan lain yang tidak mengandung bahan pelembut seperti plastik yang terbuat dari polietilena @ daun pisang.
4- LDPE atau Low Density Polyethylene




 
LDPE, iaitu plastik coklat (thermoplastic/dibuat dari minyak bumi). Biasanya LDPE digunakan untuk tempat makanan, plastik , dan botol-botol yang bersifat agak lembik. Plastik LDPE adalah kuat, tembus cahaya dan fleksibel dan pada suhu di bawah 60 darjah celsius ianya sangat tahan terhadap tindak balas kimia, perlindungan terhadap wap air tetapi kurang baik bagi tindak balas gas-gas yang lain seperti oksigen. Barangan dari bahan LDPE ini sukar diuraikan, tetapi tetap baik untuk dijadikan pembungkus makanan atau pinggan kerana sukar bertindak balas dengan makanan yang dibungkus dengan plastik ini.
5- PP atau Polypropylene


 
Polypropylene adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik, terutama untuk produk yang berkaitan dengan makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan paling penting botol susu bayi. Polypropylene lebih kuat dan ringan serta mempunyai kadar  tindak balas wap yang rendah,mempunyai ketahanan yang baik terhadap lemak, dan stabil terhadap suhu tinggi.
Apabila membeli barangan plastik untuk menyimpan makanan dan minuman, carilah dengan kod angka 5.
6- PS atau Polystyrene


 
Polystyrene ditemui pada tahun 1839 oleh Eduard Simon, dari Jerman secara tidak sengaja. PS biasa digunakan sebagai bahan tempat menyimpan makanan (styrofoam), cawan pakai buang dan lain-lain.
  • Barangan daripada Polystyrene harus di elakkan, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak, ianya mengganggu hormon estrogen pada wanita yang menyebabkan pada masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf.
  • Bahan itu juga sukar terurai. Polystyrene memerlukan proses yang sangat panjang dan lama untuk diuraikan.
7-OTHER


 
OTHER merupakan gabungan dari SAN (styrene acrylonitrile), ABS (acrylonitrile butadiene styrene) dan PC (polycarbonate, Nylon). OTHER digunakan pada tempat menyimpan makanan dan minuman seperti botol air sukan, alat-alat rumah tangga, komputer dan alat-alat elektronik.
  • Polycarbonate (PC) digunakan dalam botol susu bayi dan botol minum. PC dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imun.
  • Bisphenol-A boleh berpindah masuk ke dalam minuman atau makanan jika suhunya dinaikkan kerana pemanasan.
  • SAN dan ABS memiliki ketahanan yang tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan, dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan.
  • Biasanya SAN terdapat pada mangkuk mixer, termos, piring,penapis kopi, dan sikat, sedangkan ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego dan pipa. SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan.
Melihat bahaya yang terkandung dalam plastik, sudah smpai masa kita harus bertindak bijak dalam penggunaan plastik, terutamanya plastik dengan kod 1, 3, 6, dan 7 (khususnya polycarbonate) kerana kod tersebut memiliki bahan kimia yang merbahaya dan jika kita masih hendak menggunakan barangan  plastik, gunakan plastik dengan kod 2, 4, 5, dan 7 (kecuali polycarbonate).


Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

15 Fakta Tentang Senyum Dari Sudut Kesihatan




1.     Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
2.     Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
3.     Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4.     Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5.     Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
6.     “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
7.     Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8.     Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawanpenyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
9.     Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
10.   Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
11.   Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
12.   Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
13.   Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
14.   Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
15.   Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati.
Duniamu berseri.
Senyum umpama titian dalam kehidupan.
Kau tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan menguntum.
Senyum kepada semua.
Senyumanmu amatlah berharga.
Senyum membahagiakan.
DENGAN SENYUMAN, TERJALINLAH IKATAN.





Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

Menu Sihat - Buah Acai Berry



Khasiat buah Acai berry



Pernahkah anda mendengar tentang buah Acai berry? Buah Acai berry berasal dari hutan amazon dan digelar sebagai Superfood nombor 1 dunia.

Buah berwarna purple gelap ini didapati mengandungi antioksida yang tinggi - malah lebih tinggi dari anggur, bluberry, blackberry atau buah delima. Boleh dikatakan kandungan antioksida di dalam buah Acai berry adalah antara yang tertinggi di dunia.

Antioksida membantu kita membuang toksin di dalam badan yang menyebabkan banyak penyakit. Acai beri juga mengandungi kandungan serat dan lemak baik yang bagus untuk kesihatan jantung dan usus. Ia mengandungi kandungan Omega-3, Omega-6 dan Omega-9 yang baik untuk menurunkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan paras kolesterol baik di dalam darah. Selain itu, ia juga mengandungi kandungan garam dan mineral yang bersesuaian untuk kesihatan badan. Rasa buah ini dikatakan seperti coklat tetapi ia mengandungi kandungan gula yang rendah, jadi ia tidak merbahayakan pesakit kencing manis.
Kajian mendapati khasiat buah Acai berry mampu diserap oleh badan manusia. Malah, satu kajian makmal menunjukkan antioksida di dalam Acai berry mampu memusnahkan sel-sel kanser. Walau kajian awal menunjukkan keputusan memberangsangkan, saintis berpendapat masih banyak kajian perlu dijalankan terhadap buah Acai berry untuk mereka mengetahui dengan lebih lanjut khasiat yang ada padanya.

Acai berry adalah buah yang amat baik untuk kesihatan. Tetapi, ia banyak dikaitkan dengan usaha menurunkan berat badan dan anti-aging. Walaupun Acai berry dapat membantu kedua-dua ini, ia adalah disebabkan Acai berry mampu menolong memperbaiki kesihatan badan. Ini tidak hairan kerana berat badan ideal dan kekal muda kedua-duanya adalah kesan badan yang sihat. 
Walaupun begitu, perlu diingatkan buah Acai berry amat senang rosak dan perlu diproses di dalam masa 24 jam selepas dipetik. Hanya cara memproses yang dikenali sebagai freeze drying mampu mengekalkan khasiatnya. Khasiatnya pula banyak terdapat di kulit dan bukan bijinya. Oleh itu, jika anda berminat mengamalkan Acai berry, anda perlu berhati-hati memilih produk yang baik. Banyak produk, walaupun ditawarkan pada harga murah, tidak dijaga kualitinya. Jangan membuang duit membeli produk-produk begini kerana ia tidak akan memberi khasiat pada badan anda.





ADA 5 SEBAB-SEBAB UTAMA ACAI BERRY BERKESAN DIET DENGAN HAYAT ACAI BERRY
  • Acai berry berkesan menyekat selera anda, supaya anda kurang makan. Ini membuatkan berat badan anda lebih cepat menurun.
  • Acai berry membuatkan anda berasa kenyang sehingga anda kurang berfikir tentang makan, dan ini membantu anda mengurangkan berat badan.
  • Acai berry mempercepatkan metabolisma anda supaya membakar lebih banyak kalori dan menurunkan berat badan dengan lebih cepat.
  • Acai berry membantu membuang toksin yang terkumpul di dalam kolon anda (tidak terbuang dengan sempurna). Ini sahaja boleh membantu anda kehilangan berat badan dengan cepat.
  • Acai berry meningkatkan tahap tenaga anda, tenaga yang anda miliki akan memberikan anda lebih aktif dan ini membantu lebih banyak kalori anda yang akan terbakar.








Kelebihan buah Acai berry

Buah Acai, padat dengan antioksida dan nutrien yang terbukti untuk diserap oleh badan manusia, membawa banyak manfaat yang berpotensi untuk badan dan kesihatan kita. Walaupun pendatang baru dalam industri makanan super, kajian-kajian permulaan kecil pada buah Acai sudah menampakkan kejayaan awal. Manfaat ini yang berkaitan dengan buah Acai, bagaimanapun, berdasarkan apa yang dikenali nutrien yang boleh didapati dalam buah Acai.
Fungsi Buah Acai Berry :
Tenaga  dan stamina penggalak
   1     Fungsi Acai Berry sebagai penggalak tenaga dan stamina dikenali dikalangan atlet. Buah Acai Berry digunakan oleh Jiu-jitsu lagenda pejuang Carlos dan Royce Gracie dan juara dunia Surfer Kelly Slater , setiap dari atlet ini sangat mengesyorkan Acai berry ini berkhasiat  untuk penyediaan latihan.
Penyakit pencegahan
   2   Berikutan penyelidikan perubatan, antioksidan telah didapati mempunyai pengaruh yang positif  dalam mencegah Alzheimer, Parkinson, Artritis Reumatoid dan lain-lain penyakit neurodegenerative.
Memperkukuhkan sistem imun
   3   Sistem imun kita adalah penting untuk melindungi badan kita terhadap penyakit, virus, bacteria dan parasit. Tanpa mereka, yang paling ringan selesema atau jangkitan boleh menjadi berbahaya kepada badan kita. Dengan Acai berry, dengan mensinergikan kesan antioksidan dan nutrient yang betul, radikal bebas yang berbahaya boleh dikurangkan, seterusnya mencegah kerosakan sel daripada berlaku dan mengukuhkan sistem imun kita.
Sokongan pada perut
   4   Buah Acai Berry mengandungi serat yang sangat tinggi sehingga mencapai peruntukan serat harian anda lebih mudah. Oleh itu, selain daripada khasiat kesihatan yang berprotensi yang lain, Acai berry boleh membantu fungsi sistem penghadaman anda.
Amazon Rainforest Viagra?
   5   Ini mungkin antara yang paling popular bagi khasiat Acai Berry dipasarkan. Buah Acai Berry merupakan tinggi antioksidan dan nutrien, tetapi untuk menyamakan Acai Berry kapada Viagra adalah keterlaluan. Acai Berry tidak menjejaskan tubuh anda seperti Viagra dan setakat ini tidak ada lagi kajian telah menunjukkan bahawa Acai berry adalah bersamaan dengan Viagra.

Tidak seperti Viagra yang bertindak dengan mengembangkan saluran darah pada organ kemaluan seseorang lelaki, tidak ada sebab untuk mempercayai Acai Berry berbuat sama.

Walau bagaimanapun, sebagai buah yang berkhasiat, Acai yang mampu membantu  ke arah badan yang sihat dan mungkin juga cinta kehidapan yang lebih baik. Selepas semua, kehidupan cinta yang sihat berpunca daripada kesihat yang hebat. Malah, Sebanyak 80% hingga 90% daripada mereka yang memerlukan bantuan Viagra mempunyai masalah kerana sebab fizikal atau kesihatan, dan ini jelas menunjukkan betapa pentingnya kesihatan yang baik dalam setiap aspek kehidupan kita.

Membantu Anti-penuaan
   6   Sebagai sebuah beban buah-buahan dengan antioksidan, ia tidak menghairankan Acai Berry sering dikaitkan dengan manfaat anti-penuaan. Antioksidan dikenali untuk membantu mencegah penyakit dengan meneutralkan dan menghentikan kesan kerosakan radikal bebas atau toksin dalam badan kita. Mereka bertindak sebagai pembangkai  radikal bebas. Kesan-kesan bahaya radikal bebas yang dikenali selama berberapa dekad. Mereka itu ada kaitan dengan berapa penyakit seperti kanser, penyakit Alzheimer, penyakit hati alkohol, Athritis Rheumatoid dan komplikasi kencing manis, selain dari sebab yang penting untuk penuaan.

Terdapat beberapa jenis radikal bebas dan juga pelbagai jenis antioksidan. Jenis radikal bebas ini mempunyai kesan yang berlainan pada badan,  dan berbeza antioksidan seolah-olah mempunyai keutamaan yang berbeza untuk pelbagai jenis radikal bebas yang bertindak ke atas mereka. Yang membuat makanan tambahan antioksidan termasuk Acai Berry tambahan yang terbaik untuk diet anda tetapi tidak dalam satu penawar ajaib untuk badan manusia.













     Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

Menu Sihat - Buah Kiwi



Khasiat buah kiwi



Kajian di Universiti Rutgers menunjukkan bahawa buah kiwi adalah buah yang paling padat kandungan nutrient daripada 27 buah-buahan kegemaran ramai. Ini bermakna kita akan memperolehi lebih banyak nutrisi dengan buah kiwi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan khasiat buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren,lebih banyak potassium daripada sebatang pisang, dan lebih banyak serat makanan daripada semangkuk bijiran kepingan sekam. Kandungan khasiatnya sesuai untuk hidangan mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit kencing manis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah serta mengandungi serat sama tinggi dengan hidangan emping bijiran.
Pengurus Sains Kesihatan Zespri Internasional Limited, Lynley Drummond, berkata pengambilan makanan member kesan terhadap kesihatan keseluruhan tubuh dan rata masyarakat disaran memakan lebih banyak mengambil buah-buahan serta sayur-sayuran kerana kandungannya padat dengana nutrient yang sangat bermanfaat.


Menurut kajian buah kiwi Zespri ditemui membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh meningkatkan daya kesihatan pencernaan dan prestasi otot selain ia dapat mengurangkan inflamasi serta kerosakan sel. Kajian itu juga memdapati dalam buah kiwi hijau dan kuning Zespri menyediakan banyak khasiat antaranya meningkatkan tahap imunisasi semulajadi dalam badan selain bertindak balas dengan cepat terhadap selesema dan penyakit lain. Buah kiwi kuning dan hijau ini juga dapat mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan penyakit  untuk jangka masa yang panjang seperti radang sendi, kanser, penyakit jantung,kencing manis dan juga masalah berat badan. Ianya juga dapat membantu mencapai keseimbangan optimum antara bakteria baik dan buruk serta mampi melindungi serangan kanser yang berkaitan dengan enzim dalam pencernaan yang lebih rendah. Ia juga mampu melindungi otot terhadap tekanan oksidatif berkaitan dengan sukan.
Buah kiwi ini juga sarat dengan phytonutrients yang sangat baik bagi tahap kesihatan kerana menghasilkan polyphenols, sebagai antioksidan dalam tubuh enzim untuk pencernaan dan karotenoids yang bermanfaat sebagai antioksidan selain kesihatan mata. 


Perbezaan Antara Buah Kiwi EMAS Dan Kiwi HIJAU?






Buah kiwi hijau dan emas mempunyai perbezaan, terutamanya adalah dari segi rasa. Buah kiwi HIJAU mempunyai rasa yang sangat masam dan kelat, manakala buah kiwi EMAS pula berasa cukup masak dan tropika, gabungan rasa buah mangga,tembikai dan juga sitrus. Orang yang mendapati buah kiwi HIJAU terlalu kelat kebiasaanya akak menyukai buah kiwi EMAS. Perbezaan lain pula ialah warnanya EMAS dan bukan HIJAU, dan ianya berbentuk lonjong dengan kulitnya yang licin dan mempunyai mahkota di atasnya. 

Dan seperkara lagi yang anda perlu tahu buah kiwi HIJAU perlu menungu beberapa hari lagi untuk ianya masak, tetapi tidak pada buah kiwi EMAS, ianya sedia dimakan pada bila-bila masa sahaja.



Khasiat dan manfaat buah kiwi HIJAU dan EMAS :

Kedua-duanya padat gengan khasiat nutrisi, dan hampir sama dari segi manfaatnya. Perbezaannya adalah dari segi “hebat” dan “sangat hebat”. Contohnya, satu hidangan buah kiwi EMAS mempunyai lebih daripada 300% vitamin C saranan RDA, tetapi buah kiwi HIJAU pula mempunyai lebih daripada 200%, kedua-duanya adalah sumber yang baik untuk vitamin ini yang berperanan memastikan kesihatan anda dan memastikan anda penuh bertenaga.

  • Asid folik. Semua orang perlukan asid folik malah sumber semula jadi asid folik diperlukan untuk mencegah kecacatan saraf pada bayi serta pembangunan otak dan kognitif pada kanak-kanak.
  • Vitamin E. Jarang makanan rendah lemak apatah lagi buah-buahan menjadi sumber yang baik untuk vitamin E (baik untuk kesihatan jantung dan ciri antioksidan) tetapi kiwi adalah sumber semula jadi rendah lemak yang kaya dengan vitamin ini.
  • Kalium. Kadar kandungannya sama dengan pisang tetapi hanya mengandungi separuh daripada kalori. Baik untuk menyenggarakan tekanan darah dan kesihatan jantung.
  • Vitamin C. Kandungan vitamin C dalam buah ini dua kali ganda berbanding oren. Vitamin C membantu untuk melindungi diri daripada kerosakan akibat radikal bebas terhadap sel dan tisu malah vitamin itu juga membantu dalam penyerapan zat besi.
  • Membantu untuk memulihkan fungsi sistem ketahanan tubuh.
  • Rendah kalori. Sebiji kiwi bersaiz sederhana menyediakan 65 kalori memandangkan 90 peratus daripada beratnya terdiri daripada air.
  • Magnesium. Sumber yang baik untuk magnesium yang membantu untuk membentuk dan      menguatkan tulang, merehatkan otot dan saraf serta melancarkan peredaran darah.







Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

Menu Sihat- Buah Delima



Khasiat Buah D
elima


Buah delima atau Ar-rumman dalam bahasa Arabnya,ia di sebut tiga kali dalam Al-Quran. Buah delima ini merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah S.W.T sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanya sebagai yang termaktub dalam firmannya didalam surah al An’am ayat 99 dan ayat 141.
 Kini ia telah di tanam dimerata Negara salah satu nya di China dan California. Buah delima ini menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di timur tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima ini menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang berkekalan serta dalam agama Buddha, buah delima ini dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
Buah delima ini digelar sebagai “superfruit” ianya mengandungi antioksidan yang tinggi , ia terdiri dari asid ellagik yang baik untuk melindungi kalenjar prostat, payudara, organ paru-paru, dan juga jantung atau sistem kardiovaskular.


Kajian menunjukan buah delima boleh memusnahkan sel kanser tanpa memudaratkan sel-sel sihat dan menghalang sel kanser membentuk. Kajian ke atas tikus makmal juga membuktikan buah delima mampu merencat pembentukan kanser paru-paru yang melambatkan pertumbuhan kanser prostat. Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima mampu menstabilkan aras PSA.Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada membiak dalam saluran darah arteri, dan juga dapat mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik. Buah delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 %. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.
Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari perkataan Perancis yang bermakna epal yang berbiji. Buah delima ini dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia juga berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Buah delima ini juga tumbuh sama seperti pokok semak atau pokok biase yang tingginya lebih kurang 3-6 meter atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula pokoknya malar segar.

Buah delima ini akan mula berkurang selepas usianya 15 tahun. Namun buah delima ini adalah sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya pula Berkilat dan berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah S.W.T. Keunggulan buah delima ini ialah susunan buahnya yang diperkukuhkan oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Buah delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utamna dagangan delima. Khasiatnya tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin,vitamin C kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar yang mengandungi antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, menopause, dan juga kanser. Biji delima yang kering digunakan untuk masalah asli India Utara. Bijinya adalah gentian kismis bagi bahan membuat kek.






Antara khasiat buah delima :-


    1.    Melawan penyakit gout.
    2.    Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak.
    3.    Merawat “ sinus”
    4.    Meningkatkan tenaga.
    5.    Membantu sistem penghadaman.
    6.    Membantu membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan. 
    7.    Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya.
    8.    Membaikpulih fungsi hati dan limfa.
    9.    Menstabilkan peredaran  darah.
   10.  Merawat cirit-birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi.
   11.  Mencuci darah kotor.
   12.  Antioksida yang tinggi.
   13.  Menstabilkan paras kolesterol.
   14.  Mencegah penyakit jantung.
   15.  Mencegah penyakit kanser .
   16.  Merangsang tenaga batin.
   17.  Mencuci buah pinggang dan salur darah.
   18.  Membuang lemak-lemak berlebihan.
   19.  Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung.
   20.  Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause.
   21.  Mencegah dan merawat penyakit kencing manis.
   22.  Mencantikan kulit.









Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com