Thursday, February 14, 2013

Menu Sihat Dengan Buah Apple



Khasiat Buah Apple



Menurut kajian, khasiat epal hijau dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jusnya yang mengandungi phytonutrient dipercayai mampu melambatkan pengoksidan kolestrol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.
Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organic sewaktu bertindak balas dengan bakteria didalam usus.
Kandungan asidbutrik juga merupakan sember makanan sel usus yang terdapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus. Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh setaip manusia dalam diet harian.
Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.
Malah kajian yang telah dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampi mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi. Bukan itu sahaja, di jepun penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengatifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawak pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.


Mengamalkan epal hijau tidak akan mengundang tragedi buruk bahkan ia amat baik untuk untuk kesihatan kamu.Sekiranya kamu mula merasai tanda-tanda mendapat migraine seperti kepala yang berpanjangan, kurangkan kesakitan itu dengan mengunyah epal hijau. Menurut kata Alan Hirsh pengarah The Taste Research Foundation di Chicago epal hijau amat membantu pengidap migraine. Ia dikatakan mempunyai aroma harum tersendiri serta mampu membangkitkan mood ceria dan meredakan ketegangan yang di alami.
Selain itu, bagi golongan yang gemar berdiet selalunya anda mempunyai masalah sembelit. Kini tidak akan menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda.
Meski pun ia bermanfaat mengatasi masalah sembelit buah epal ini juga mempunyai khasiat untuk mengatasi masalah cirit-birit seperti mana yang diterangkan oleh Miriam Polunnin dalam buku ciptaannya yang bertajuk Healing Foods. Menurut apa yang diterangkan didalam buku tersebut, epal sangat bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Dan mengikut kajian buah ini hampir dikatakan tidak mengandungi lemak dan juga kolestrol, dan ianya sangat sesuai dimasukkan dalam menu harian bagi wanita-wanita yang ingin berdiet.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.






Kelebihan epal hijau yang tidak anda ketahui :

  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membrane paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulanf dengan menambah bahan kimia ( boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko kanser.
  • Menghidu epal dapat menenagkan fikiran.




Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman :-



- Kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

- Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah:

- Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.





      Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com







Thursday, January 24, 2013

Menu Sihat - Khasiat Buah Nanas



Khasiat Buah Nanas





Nanas atau nama saintifiknya Ananas Comosus, ia adalah sejenis tumbuhan tropikal. Ianya adalah tumbuhan asli yang berasal daripada Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Nanas merupakan tumbuhan kumpulan bromeliad ( Famili Bromeliaceae). Tumbuhan ini juga boleh dikatakan rendah  herba ( herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal.
Buahnya ini dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Bagi orang yang berasal dari Tupi pula, buah ini dipanggil anana, yang bermaksud “buah yang baik”
Buah nanas ini mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan juga Bromelain. Ianya juga mengandungi asid sitrik ynag berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.


 Buah nanas ini boleh dimakan mentah atau pn dibuat jus minuman untuk memcuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hari dan juga demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Tapi bagaimanapun buah nanas ini tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.
Buah nanas ini juga dipercayai mampu merawat penyakit kanser. Bua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan kanser. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak kanser. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel kanser. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A,B, dan  C yang tinggi.
Pokok dan juga buah nanas ini boleh dijadikan sumber komersial asid organic seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperolehi daripada daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei.
Manakala jus nanas ini pula bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalh kekeringan di bahagia bibir dan di bahagian muka. Jika amalkan minum jus nanas, ianya berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.
Enzim yang terdapat pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Sellain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.


Antara Manfaat nanas adalah :

   1.    Membantu  menurunkan  berat badan.
Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.

   2.    Menyihatkan mata.
Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.

   3.    Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit.
Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.

   4.    Memelihara masalah buang air besar.
Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.

   5.    Mengandungi enzim.
Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.




Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

Friday, May 11, 2012

Senarai makanan menyihatkan



  1. keledek (sweet potato), mengandungi karotene, vitamin C, potasium & fiber
  2. buah mangga, mengandungi vitamin C, vitamin A, potasium & fiber
  3. yoghurt, mengandungi protein, kalsium, zink, potasium & vitamin B
  4. brokoli, mengandungi vitamin C, karotene dan folic acid
  5. ikan salmon, mengandungi kebaikan omega-3 (baik untuk jantung)
  6. roti gandum penuh (wholemeal bread), ia mengandungi kebaikan fiber & bebas lemak
  7. kacang kuda, mengandungi potasium, protein, fiber, zat besi, magnesium, zinc
  8. tembikai, mengandungi vitamin A, C & potasium
  9. labu (pumpkin), mengandungi vitamin A, C & fiber
  10. sayuran hijau spt bayam & sawi (mengandungi vitamin A, C, K, folate, potasium, magnesium, kalsium, lutein & fiber)


sweet potatoes

labu

brokoli





Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

Menu Sihat -Teh Hijau



Teh Hijau

Teh hijau adalah salah satu minuman popular yang biasa digunakan sebagai minuman berkhasiat. Teh hijau amat meluas diamalkan di negara Jepun dan China sejak berkurun lamanya.

Para saintis telah menemukan komponen yang sangat aktif dalam pemulihan dalaman, menurut hasil kajian yang telah dijalan di pelbagai universiti. Kandungan teh hijau yang kaya dengan bahan anti-oksida semulajadi juga menjadi sumber untuk pencegahan kanser semulajadi.

Terbukti bahawa bahan kimia semulajadi terkandung dalam teh hijau mempunyai komponen molekul yang memainkan peranan dalam membantutkan pertumbuhan sel kanser. Molekul tersebut yang dikenali sebagai aryl hydrocarbon (AH) receptor berupaya unutk aktifkan gen. Maka secara semulajadi akan melawan pertumbuhan kanser, apabila diamalkan selalu.

Namun, sekiranya merokok, kehadiran toksid dalam asap tembakau buatan juga dioksin, akan mengganggu fungis teh hijau untuk melawan sel kanser. Sebaliknya, akan memudaratkan sel-sel lain..semuanya kerana asap rokok yang beracun.

Kesimpulannya, semua orang seharusnya mengamalkan aktiviti sihat dan berhenti aktiviti yang tidak menguntungkan seperti merokok kerana semua usaha untuk sihat hanya akan sia-sia apabila kita dengan sengajanya menambah toksin dalam badan...dengan merokok.


===============================
Untuk Info Produk Anti Kanser sila hubungi kami 016- 7337380


21 Cara Ubah Gaya Hidup Elak Kanser!!



1-MAKAN MAKANAN YANG BOLEH MENINGKATKAN SISTEM IMUN

Secara umumnya, makanlah banyak sayuran, buahan, dan bijiran yang selamat. (Selamat ini bermaksud yang kurang penggunaan racun perosak dan baja kimia). Apabila anda memakan banyak sayuran dan buahan sajian harian anda ( saranan adalah mengambil5-7 sajian sehari) risiko anda untuk kanser paru-paru, usus besar, pundikencing, oral kaviti dan perut akan menurun. Buahan dan sayuran yang tinggi serat disamping ada kandungan yang secara natural bolehmencegah  kanser  . Antara buahan yang terbukti boleh mencegah  kanser  seperti acai beri, epal, asparagus, brokoli,lobak dan strawberri. 

2-KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK DALAM MAKANAN HARIAN.

Elakan makanan yang tinggi lemak samada lemak haiwan atau pun tumbuhan. Terdapat kaitan dengan pengambilan lemak berlebihan boleh menyebabkan  kanser  payudara,prostate, rahim,ovari, pankreas, perut dan juga usus besar.Lebih penting elakan dari mengambil lemak buatan – TRANS FATTY ACID. 

3-KURANGKAN PENGAMBILAN DAGING.

Terdapat kajian kaitan antara pengambilan daging merah berlebihan dengan  kanser  seperti  kanser  payu dara,rahim, usus besar, rektum,pankreas dan juga  kanser  buah pinggang. Daging barbeque, disalai,diperam lagi meningkatkan risiko untuk  kanser  jika dimakan berlebihan dan kerap.

4-JANGAN MEMASAK MAKANAN & SAYURAN SAMPAI LUNYAI

Vitamin dan mineralnya akan hilang dan tinggal serat sahaja.

5-BELILAH MAKANAN ORGANIK KALAU MAMPU.

Kalau nak bagus lagi tanam je sayuran sendiri di halaman rumah tu, disamping menjimatkan perbelanjaan anda boleh juga mencantikkan halaman rumah.

6-ELAKKAN MEMINUM AIR YANG TAK BERTAPIS.

Kalau ada duit lebih belilah penapis air, ada banyak dijual dipasaran sekarang dari yang bermagnet lah beraura lah. Tetapi yang paling mustahak air yang ditapis bebas KLORIN yang boleh menyebabkan  kanser  , logam logam berat, tinggalan racun dalam air dan juga bakteria2 degil. Kalau tak mampu pastikan air yang diminum itu dimasak sebelum diminum.

7-AMBIL MAKANAN TAMBAHAN (SUPLEMEN) YANG MAMPU MENINGKATKAN SISTEM IMUN.

Pada masa sekarang pengambilan makanan tambahan sebenarnya bukan pilihan tetapi adalah kemestian.Ini adalah kerana nutrient-nutrient didalam makanan , sayuran dan buahan adalah tidak mencukupi mungkin disebabkan oleh pertanian yang intensif dan berskala besar , ye la semua nak cepat contoh dulu tanam padi setahun sekali sekarang setahun sampai 3 kali yang pasti tanah tak cukup masa untuk memulihkan untuk mengembalikan zatnya untuk digunakan semula.Antara makanan tambahan yang direkomendkan untuk sistem imun adalah seperti TRANSFER FACTOR yang terbukti dengan kajian sains. Makanan tambahan yang tinggi nilai antioksida seperti JUS MONAVIE yang terdiri dari SUPERFOOD ACAI BERI dan 18 buahan terpilih yang lain.Manakala makanan tambahan yang bolehmembersihkan usus secara semulajadi seperti ALOEVERA.( 90% peratus penyakit adalahberpunca dari usus). Paling malas nak ambilsuplemen kurang-kurang pun makanlah vitamin C.

8-JIWA KENA TENANG DAN BERSIH serta ELAKKAN DAN TANGANI STRESS DENGAN BIJAK.

9-PEKA DENGAN PERUBAHAN PADA TUBUH BADAN.

Kenali tanda-tanda awal  kanser  dan bertindak segera dengan berjumpa yang pakar. 

10-MINIMUMKAN PENGAMBILAN UBATAN.

Kebanyakan ubatan adalah dari bahan-bahan kimia walaupun kajian telah dilakukan dan terbukti selamat dan ada juga pada mulanya selamat kemudian ditarik balik kerana kesan sampingan berbahaya sudah semestinya jika berambilan pada masa panjang akan mendatangkan kesan-kesan sampingan pada tubuh badan. Kalau tak perlu, tak payah lah makan ubat biarlah tubuh badan kita menyembuhkan dengan caranya atau ambilah sesuatu yang semulajadi untuk membantu tubuh badan melawan penyakit, biar lambat asal selamat.

11-ELAKKAN KAWASAN ATAU BANGUNAN YANG LITAR PENGUDARAN UDARA TERTUTUP.

12-ELAKKAN PENGGUNAAN KAPAL TERBANG.

Pengudaraan biasanya menggunakan pengudaraan yang dikitar semula, ini mendedahkan kita kepada serangan virus yang mungkin berbahaya.
Disamping itu juga pendedahan yang tinggi terhadap UV radiation pada altitude yang tinggi mungkin boleh menyebabkan  kanser  .

13-KURANGKAN PENDEDAHAN PADA HANDPHONE.

Kalau nak bergayut janganlah guna handphone kang silap haribulan masak otak tu dan telinga berkanser pulak. Setiap alatan perhubungan sebenarnya mengeluarkan radiofrequensi yang tidak diketahui kesannya pada tubuh manusia, kemungkinan penyebab  kanser .

14-MASAK JANGAN GUNAKAN MICROWAVE.

15-JAUHKAN SINAR X (XRAY) SEBAIK MUNGKIN.

Setiap kali x ray diambil berjuta-juta sel mati, sebab tu doktor tak bagi amik x ray kerap sangat .Kemungkinan sinar X ini juga menyebabkan  kanser . Kalau kenekat testis kemungkinan boleh MANDUL.

16-KAWAL BERAT BADAN ANDA.

Banyak kajian saintifik mengaitkan kegemukan dengan  kanser . Jangan makan mengikut hawa nafsu.

17-KATAKAN TIDAK PADA ROKOK.

Walaupun bukan semua perokok itu mesti terkena  kanser , tetapi didapati terdapat kaitan rapat rokok dengan  kanser yang terdiri dari kawasan ia mula masuk,meresap dan juga bila ia keluar semua kawasan yang terlibat boleh menjadi  kanser . Yang malangnya juga, perokok juga menyebabkan orang lain terdedah kepada  kanser dengan berganda akibat asap rokok yang dikeluarkan. Maka katakan TIDAK pada rokok kerana rokok hanya pelaburan kepada penyakit dan kemerosotan kewangan di masa tua..hehe kalau sempat tua la.. 

18-KURANGKAN PENDEDAHAN PADA SINAR MATAHARI TERIK.

Sinar cahaya matahari dipagi hari adalah bagus untuk kesihatan kerana dapat membantu menghasilkan vitamin D pada kulit. Tetapi pendedahan kepada sinar matahari terik sehingga “sunburn’ itu memudaratkan boleh dapat  kanser kulit.

19-BERHATI-HATI DENGAN PENDEDAHAN ALAT ELETRIK.

Jarakan diri anda dengan alat eletrik seperti TV. Kerana kebanyakkan alat eletrik menghasilkan gelombang radiasi dan frequensi walaupun kecil tapi sekiranya pendedahan yang kronik mungkin memudaratkan.

20-KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG BANYAK PERISA DAN PENGAWET. 

Jangan amalkan mengambil makanan ringan kerana ia mempunyai bahan itu, dan lebih bagus jangan ajar anak-anak kita mengambilnya. Amalkan makanan yang fresh.

21-KATAKAN TIDAK PADA ARAK DAN ALKOHOL

Alkohol menyebabkan seribu satu masalah kepada kesihatan badan kita. Alkohol boleh menyebakan  kanser mulut, tekak. salur esofagus,perut, pankreas dan juga hati.
Nota diatas cuma saranan sahaja, bukan semestinya anda mengikut langkah langkah itu anda terselamat dari  kanser tetapi sekurangnya anda telah meminimumkan penyebab-penyebab  kanser .

Sumber petikan daripada :http://infokanserpayudara.blogspot.com