Thursday, March 15, 2012

7 Minuman Berkhasiat Sebagai Pengganti Air Masak


7 Minuman Berkhasiat Sebagai Pengganti Air Masak 


Rasanya semua orang tahu air masak merupakan kunci utama hidup sihat. Minum lapan  gelas air putih setiap hari dapat mencegah kita dari terkena penyakit.  Tapi kalau minum air masak je hampir setiap masa mesti tekak kita pon  jadi jemu.
Selain daripada air masak, banyak lagi minuman sihat yang dapat mengekalkan kesihatan kita disamping menghilangkan dahaga. Antaranya:
JUS OREN
orange juice 7 Minuman Berkhasiat Sebagai Pengganti Air Masak

Antioksidan pada jus oren ini membantu melindungi jantung kita dengan memerangi peradangan yang dapat menyebabkan kerosakan pembuluh darah.Orang yang makan makanan dengan segelas jus oren mendapat lebih sedikit zat untuk  melindungi arteri dalam darah. Tapi kena ingat kandungan gula pon perlu diambil kira,jadi lebih baik minum jus tanpa gula.
TEH CHAMOMILE
chamomile tea 7 Minuman Berkhasiat Sebagai Pengganti Air Masak
Selain menghilangkan dahaga teh chamomile boleh membuatkan kita tenang. Orang yang meneguk ekstrak chamomile setiap hari selama dua bulan akan dapat mengurangkan kecemasan di dalam dirinya, (sebuah laporan ujikaji dari University of Pennsylvania di Philadelphia).
JUS CRANBERRY
cranberry juice 7 Minuman Berkhasiat Sebagai Pengganti Air Masak
Segelas jus Cranberry dapat mencegah penyakit gusi dengan membunuh bakteria yang datang dari mulut. Jus Cranberry juga kaya dengan vitamin C, mengurangkan tekanan kolesterol dan menjaga saluran darah kita dengan baik.
SUSU COKLAT
Susu Coklat 7 Minuman Berkhasiat Sebagai Pengganti Air Masak
Segelas susu coklat mempunyai tinggi karbohidrat dan protein, membolehkan kita segar selepas menjalani aktiviti harian.  Kajian dari American College of Sports Medicine di Seattle mengatakan atlet yang minum susu coklat selepas latihan dapat  mengurangkan kadar kerosakan otot setelah empat hari mejalani latihan berbanding mereka yang minum air masak atau minuman pemulihan lainnya. Bancuh susu dengan hanya 2 sudu coklat yang memiliki kurang dari 20 g gula dan minum.Selain dapat hilangkan dahaga, badan juga terasa lebih segar dan bertenaga.
TEH HIJAU
Green Tea 7 Minuman Berkhasiat Sebagai Pengganti Air Masak
Teh hijau dikatakan membantu dalam mengawal berat badan. Tikus yang di uji minum teh hijau sebanyak 22%  turun berat badan daripada hari sebelum minum teh hijau. Menurut kajian di Jurnal International Obesiti  minuman ini dapat meningkatkan metabolisme kita dan menjadikan lemak dalam tubuh mudah terbakar. Selain itu, antioksidan dalam teh hijau juga dapat mengurangi risiko terkena kanser dan penyakit jantung.
JUS TOMATO
tomato juice 7 Minuman Berkhasiat Sebagai Pengganti Air Masak
Jus tomato dapat menurunkan risiko  kanser dalam tubuh kita kerana kandungan dalam buah ini sarat vitamin dan lycopene, yang mampu melindungi sel badan daripada dari  kanser . Jus tomato boleh diminum dengan tambahan rempah-rempah dan batang seledri setiap hari.
TEH HITAM
black tea 7 Minuman Berkhasiat Sebagai Pengganti Air Masak
Salah satu kebaikan teh hitam ialah dapat membantu menangkis  kanser kulit. Kandungan yang terdiri dari flavonoid, iaitu antioksidan yang membawa zat anti kanser . Kajian menunjukkan bahawa meneguk satu cawan teh atau lebih dalam sehari dapat menurunkan risiko penumbuhan sel karsinoma skuamosa iaitu sel  kanser kulit di dalam tubuh. Panas atau sejuk, teh hitam adalah minuman yang bagus untuk merawat kulit.



Monday, March 12, 2012

UBAT KANSER SEMULAJADI






FreshFruitVegetable










Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna hijau, merah, unggu dan oren sangat mengandungi bahan-bahan anti-kanser seperti antioksiden dan Vitamin A, E dan C yang mencegah dan melawan sel-sel  kanser  . Segala jenis  kanser  boleh diubati dengan jus buah dan sayur. Buah durian belanda agak berkesan. Berikan kepada pesakit dan buat ujian darah kemudian. Pasti nampak sel-sel  kanser  akan berkurangan dalam darah kita dan lama-lama akan sembuh. Boleh cuba kalau tak percaya. Ada kes dimana doktor telah kata  kanser   dalam tahap ke 4 dan tidak boleh diubati lagi…….tetapi oleh kerana tiada pilihan lain… ( lebih baik cuba daripada menunggu dan menderita ) dan keyakinan diri pesakit minum jus buah-buahan dan sayuran bercampur ( termasuk carrot, durian belanda, strawberry, blueberry, kobis, broccoli dan anggur merah ). Selepas beberapa hari pesakit nampak lebih bertenaga dan sihat. Ujian darah dibuat dan doktor-doktor pun terkejut dan hairan bahawa sel-sel  kanser  makin berkurangan. Lama-lama pesakit makin sembuh dan akhirnya hidup seperti biasa.

Asid perfluoro oktanoik sebabkan tiroid?























SEJENIS bahan kimia yang digunakan untuk membuat lapisan tidak lekat pada periuk bertangkai, asid perfluoro oktanoik (PFOA) telah dikaitkan dengan masalah tiroid dalam kalangan orang dewasa.

Para saintis mendapati 25 peratus daripada sejumlah 4,000 orang dewasa di Amerika Syarikat (AS) yang memiliki paras PFOA tertinggi dalam darah adalah dua kali ganda lebih berisiko memperoleh masalah tiroid.

PFOA yang telah dihasilkan sejak lima dekad lalu banyak digunakan dalam pembuatan pelbagai bahan termasuk fabrik dan permaidani. Ia dipercayai memasuki tubuh menerusi diet atau melalui habuk yang disedut masuk ke dalam paru-paru.

Kajian ke atas haiwan mendapati bahan kimia tersebut berpotensi menjejaskan fungsi tiroid yang sememangnya penting untuk mengekalkan kadar degupan jantung.

Selain itu, ia juga membantu menyelaraskan suhu tubuh dan menyokong fungsi-fungsi tubuh yang lain. – Environmental Health Perspectives


GOITER - Bengkak kelenjar tiroid






















TIROID merupakan satu kelenjar kecil berbentuk seakan rama-rama seberat satu auns yang terletak di bawah halkum. Ia menghasilkan sejenis hormon yang berfungsi mengawal hal-hal berkaitan metabolisme - dari kadar degupan jantung ke kelajuan tubuh membakar kalori.

Perkataan goiter berasal daripada perkataan Latin guttur yang bermaksud kerongkong.

Goiter terjadi apabila kelenjar tiroid anda membengkak. Walaupun tidak mendatangkan ketidakselesaan, goiter boleh mengganggu sistem menelan atau pernafasan, kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

Kelenjar Tiroid Tak Berfungsi?








Gejala leher depan bengkak, selalu menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah antara tanda seseorang itu mengalami masalah kelenjar tiroid.

Masalah kelenjar tiroid tidak berhenti di situ saja kerana ia turut menyukarkan seseorang wanita untuk mengandung.

Tiroid ialah kelenjar kecil yang terletak di pangkal leher. Ia ada dua lobus, di kiri dan kanan trakea atau tenggorok yang disambungkan dengan satu genting atau ismus.

Ia merembeskan hormon tiroid yang berfungsi mengawal kadar metabolik, mental dan perkembangan fizikal yang normal.

Sumber Pemakanan Semulajadi Yang Berkhasiat.



1. Kaktus.
Dalam penyelidikan kanser, ahli sains mendapati bahawa ekstrak kaktus meningkatkan mekanisme sel imun dengan membantu tindakbalas hipersensitiviti yang mana sebelumnya terdapat penyekatan fungis imun. Kaktus juga dilihat mampu mengurangkan paras kolesterol dan meinigkatkan metabolisme lipoprotein berketumpatan rendah.
Ahli sains juga mengetahui bahawa kalsium dan fosforus yang mewakili tiga perempat daripada mineral tubuh, didapati banyak terkandung di dalam kaktus. Jesteru, ia membekalkan mineral yang membina tulang, sendi dan tisu perantara yang kuat.
2. Buah Kaktus.
Buah yang mengambil masa sehingga empat tahun untuk membesar dan ranum tetapi berbaloi krana buah kaktus kaua dengan antioksida dan fitonutrien yang menjadikan tubuh badan sihat, luar dan dalam. Menurut kajian, kaktus dan buahnya memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun badan.
Khasiat dan antioksida yang ditemui pada pelbagai tumbuhan makanan seperti buah kaktus mungkin dapat membantu menghindari kerosakan DNA, membantu penyembuhan luka dan merangsangkan aktiviti fagosit, selain menjadikan tekstur dan rupa kulit bertambah baik.
3. Beri Ginseng.
Beri Ginseng mengandungi sari ginseng yang memelihara biji benih yang bakal menjadi baka tumbuhan itu. Mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk membesar sebelum buah beri ranum dan sedia untuk dipetik. Hasil penyelidikan menunjukkan ekstrak beri ginseng yang unik itu membantu melindungi kulit daripada terdedah kepada anasir alam sekitar dan akibat tekanan aktiviti semula jadi tubuh.
Juga kaya dengan antioksida sehingga 1.4 kali ganda lebih banyak dariapada vitamin C. Apabila dimakan, antioksida beri ginseng boleh melenyapkan sistem pertahanan antioksida badan dengan ketara.
4. Biji Anggur.
Proantosiandin, lazimnya disebut sebagai OPC ialah flavonoid yang amat berkesan, ditemui terutamanya di dalam kulit tumbuhan dan biji anggur. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa aktiviti antioksida OPC adalah jauh lebih banyaj daripada vitamin E, C dan beta-karotena.
OPC mempunyai hampir 20 kali ganda lebih banyak aktiviti antioksida berbanding vitamin C dan dipercayai mempunyai 50 kali ganda lebih banyak antioksida daripada vitamin E. Antioksida dipercayai menghalang dan mengawal pelbagai jenis penyakit daripada artritis hinggalah kepada menjaga sel daripada dimusnahkan oleh molekul oksigen tidak stabil.
5. Cendawan Agaricus Blazel Murill (ABM).
Dikenali juga sebagai cendawan matahari dan cendawan puteri, jaya dengan dua campuran polisakarida. Polisakarida yang ditemui dalam cendawan ABM memperbaharui dan menyokong system imun badan dengan merangsang pengeluaran limfosit sel T penentang  kanser , sel T pembantu, interferon dan interleukin. Ini menyebabkan bilangan sel  kanser yang dihasilkan dalam badan berkurang mengikut pertimbangan.
6. Soya.
Makanan yang rendah lemak, tanpa kolesterol, tinggi serat diet dan kaya dengan mineral. Kajian menunjukkan bahawa isoflavon iaitu fitokimia yang terdapat dalam kacang soya mengurangkan paras kolesterol serum dan risiko mendapat penyakit jantung. Isoflavon juga didapati boleh mencegah pertumbuhan sel  kanser dan mengurangkan risiko osteoporosis di kalangan wanita.
Kajian menunjukkan bahawan genistein menyekat angiogenesis atau pertumbuhan pembuluh darah baru yang menyebabkan pertumbuhan tumor. Ahli sains juga menyefari bahawa genistein menambahkan kemujaraban ubat  kanser . Institut  kanser Kebangsaan Amerika Syarikat ketika ini, mengkaji kemungkinan menggunakan genistein sebagai ubat mencegah  kanser .
7. Cendawan Maitake.
Mempunyai kandungan polisakarida bermanfaat yang tinggi iaitu beta-glukan dan polisakarida lain termasuk fosfolipid, nucleotides dan asid lemak tak tepu. Ia boleh menambah fungsi system imun dan menghalang pertumbuhan tumor. Pecahan D, bahagian polisakarida yang mengandungi aktiviti antitumor yang kuat boleh diekstrak daripada cendawan maitake.
Pecahan D sahaja boleh menghalang pertumbuhan tumor dengan lebih berkesan berbanding dengan MMC diantara 45 peratus kepada 80 peratus. Dengan gabungan cendawan Maitake dan MMC, tumor dapat dihalang lebih daripada 80 peratus. Cendawan ini juga berguna untuk rawatan dan pencegahan  kanser , AIDS, tekanan darah tinggi, diabetes, obesity dan kolesterol tinggi.

Friday, March 9, 2012

Fakta Tentang bengkak!!



Fakta ringkas tentang bengkak pada tiroid:




1. Seorang dari 12 - 15 orang perempuan muda mempunyai bengkak pada tiroid.
2. Seorang dari 40 orang lelaki muda mempunyai bengkak pada tiroid.
3. Lebih 95% dari bengkak tersebut bukan disebabkan kanser.
4. Sebahagian bengkak dipenuhi dengan cecair dan bukan tisu tiroid.
5. Kebanyakkan manusia akan mendapat bengkak tiroid apabila menjangkau usia melebihi 50 tahun.
6. Kejadian bengkak pada tiroid meningkat seiring usia.

Untuk pengetahuan, saya pelajar Syariah, bukan perubatan. Saya tuliskan ini semata-mata untuk berikan gambaran umum tentang apa itu  kanser tiroid kerana semalam saya diingatkan kawan saya bahawa ada seorang mahasiswi Syariah di Mansurah menghidap penyakit ini.

Setakat ini telah LE2000 dibelanjakan untuk pembedahan dan pemeriksaan kesihatan. Sumbangan anda boleh disalurkan ke unit kebajikan BKAN/DPN masing-masing.

Thursday, March 8, 2012

Penyakit Hipotiroid Merampas Kualiti Hidup Dalam Senyap


penyakit hipotiroid
Adakah anda mengalami
  • Cepat letih,
  • naik berat badan,
  • keguguran rambut,
  • cepat sejuk,
  • kejang otot,
  • kulit dan rambut kering,
  • sembelit,
  • kemurungan,
  • lemah daya ingatan,
  • kitaran haid yang tidak menentu
  • kurang libido
  • ketulan asing (goiter) di bahagian hadapan leher?
Maka anda mungkin mengalami penyakit Hipotiroid (Hypothyroid). Oleh kerana simptom yang terlalu umum, ramai yang tidak tahu akan penyakit yang mampu perampas hidup anda dalam senyap.
Apa itu penyakit Hipotiroid?
Hipotiroid ialah penyakit yang berpunca daripada kelenjar tiroid. Kelenjar tiroid ialah kelenjar yang berbentuk seperti rama-rama yang terletak di bahagian hadapan leher. Hipotiroidism adalah keadaan di mana kelenjar tiroid tersebut tidak mampu menghasilkan hormon tiroid yang secukupnya untuk memastikan kelancaran perjalanan sistem dalam badan secara normal.
Mengapa Hipotiroid berbahaya?
Penyakit Hipotiroid yang tidak dirawat boleh menyebabkan kadar denyutan jantung menjadi sangat perlahan hingga mampu membawa kepada koma. Tambahan pula, ia juga mempunyai hubungan langsung dengan penyakit darah tinggi, menambahkan kolesterol, kemandulan, dan Alzheimer (nyanyuk).
Adalah penting bagi setiap bayi yang baru dilahirkan untuk menjalani ujian saringan penyakit Hipotiroid melalui sampel darah daripada tali pusat. Bayi yang mempunyai kandungan hormon tiroid yang rendah akan diberi rawatan segera. Ini adalah penting kerana bayi yang tidak dirawat dalam masa 3 minggu akan mengalami kecacatan otak seumur hidup.
Apakah punca penyakit Hipotiroid?
Dalam kebanyakan kes, penyakit Hipotiroid adalah disebabkan penyakit Hashimoto’s thyroiditis (radang tiroid), di mana sistem imun pesakit akan menyerang dan memusnahkan sendiri tiroid tersebut. Hipotiroidism juga boleh disebabkan oleh rawatan untuk penyakit Hipertiroid (Hyperthyroid) akibat hormon tiroid yang terlalu tinggi atau ubat-ubatan lain.
Penyakit Hipotiroid yang wujud sejak dilahirkan pula adalah berpunca daripada pelbagai perkara. Antaranya adalah akibat diet ibu mengandung yang kurang iodin, atau kecacatan sejak dari janin lagi iaitu kelenjar tiroid yang tidak berkembang dengan sempurna. Hormon tiroid juga boleh menjadi kurang aktif selepas dilahirkan atau ia juga boleh dijangkiti virus. Masalah pada kelenjar pituitari boleh menyebabkan Hipotiroidism ini.
Bagaimanakah diagnosis penyakit Hipotiroid ini dibuat?
Pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal untuk mengukur paras hormon tiroid (Tiroksin, atau T4) dan Tiroid Stimulating Hormone (TSH) dalam darah adalah diperlukan untuk mendapat diagnosis penyakit ini. Dengan mengukur paras antibodi dalam darah yang menyerang tiroid juga membantu untuk mengenal pasti punca Hipotiroid.
* Jadi, jumpalah doktor anda untuk Ujian Saringan Paras TSH dalam darah sebagai langkah berjaga-jaga. Sebaik-baiknya, lakukan ujian setahun sekali. Oleh kerana ia adalah penyakit keturunan, lakukan juga ujian saringan ini kepada semua ahli keluarga anda kerana anda mampu menyelamatkan mereka daripada Penyakit Hipotiroid!

Apakah Beguk Tanda Kanser Tiroid?


Beguk

-Ia adalah pembesaran atau pembengkakan kelenjar tiroid.Apabila ia berlaku menunjukkan ada masalah dengan tiroid.Kekurangan iodin boleh sebabkan beguk.tanda-tanda beguk ialah :

 *Rambut kering
 *Bengkak di tengkuk
 *kehilangan berat badan
 *Perubahan haid
 *jantung berdebar-debar
 *cepat marah
 *mata jadi besar
 *perubahan kadar metabolisme

Dalam kes-kes teruk beguk boleh menyebabkan seseorang sukar bernafas dan menelan.

Punca - Punca kanser Tiroid



Punca utama untuk Tiroid Hipotiroidisme:

  • - Radang kronik autoimun pada kelenjar tiroid di mana keadaan badan pada sistem imun akan melawan tisunya sendiri. 
  • - Masalah yang datangnya daripada pembedahan yang lepas yang boleh menyebabkan kelenjar tiroid atau daripada rawatan radioaktif iodin.
  • - Pertumbuhan yang diwarisi tidak lengkap pada kelenjar tiroid
  • - Akibat daripada penggunaan ubatan yang tertentu seperti propylthiouracil, carbimazole (Neo-mercazole), amiodarone (eg Cordarone X tablets) dan lithium.
  • - Pengambilan iodine dalam jumlah yang banyak.

Wanita dan penyakit tiroid



 


TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan.
Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.

* Kelenjar tiroid

Secara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3).
Hormon-hormon ini mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsi-fungsi badan yang dipanggil metabolisma.
Meningkatnya hormon-hormon ini bermakna metabolisma badan meningkat dan begitulah sebaliknya akan berlaku jika hormon terbabit dikurangkan.
Dengan metabolisma yang tinggi, anda mungkin berasa panas dan begitulah sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan anda berjalan pada kadar yang selamat dan berkesan.
Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid.
Apabila hormon tiroid banyak, penyakit hipertiroidisma berlaku dan sekiranya hormonnya sedikit, penyakit hipotiroidisma pula berlaku.

* Diagnosis penyakit tiroid
Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga rungutan tertentu yang boleh digunakan untuk diagnosis penyakit tiroid.
Anda juga mungkin akan menghidap penyakit-penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.
Leher perlu diperhatikan kerana kelenjar tiroid akan bergerak dengan tindakan menelan. Jika dipegang, boleh dirasai bentuk kelenjar dan juga pergerakannya dengan menelan.
Kulit dan mata juga boleh diperiksa di samping suhu badan serta berat badan boleh diamati untuk memastikan masalah kelenjar tiroid.

* Penyakit hipotiroidisma
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon-hormon tidak dikeluarkan secukupnya.
Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisma.
Lazimnya, penyakit hipotiroidisma ini disebabkan oleh keradangan pada kelenjar tersebut, dipanggil tiroiditis.
Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto. Penyakit autoimun ini merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid.
Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja dengan lebih kuat.
Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil sebagai goiter. Lama kelamaan, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.
Cara pemakanan yang tidak betul juga boleh menyebabkan hipotiroidisma (rujuk pada intisari makanan yang mempunyai kandungan iodin).
Simptom hipotiroid dengan perlahan-lahan akan dirungutkan dan sebab itu juga anda mungkin tidak mempunyai rungutan berbulan-bulan dan juga mungkin bertahun-tahun lamanya walaupun menghidap penyakit hipotiroidisma.
Ujian paras darah hormon tiroid akan dilakukan untuk mengesahkan yang anda sememangnya menghidapi hipotiroidisma. Sekiranya paras hormon adalah normal, mungkin anda mempunyai penyakit-penyakit lain dan ujian lanjutan mungkin diperlukan.
Hormon tiroid akan diberikan kepada anda supaya paras hormon tiroid badan kembali normal dan terdapat kemungkinan anda terpaksa mengambil hormon ini selama-lamanya.
Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala dan ujian darah mungkin dilakukan.

* Hipertiroidisma

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda mengeluarkan hormon secara berlebihan. Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar umur 20 hingga 40 tahun.
Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar ini. Biasanya mata mereka yang menghidapi penyakit ini akan kelihatan seperti mata ikan emas!
Selain itu, ubat yang diambil untuk penyakit hipotiroid juga mungkin menyebabkan hipertiroid, jadi pengawasan doktor amatlah penting.
Penyakit hipertiroid ini boleh juga menyebabkan ‘ribut tiroid’ terutamanya apabila anda mengalami masalah kesihatan lain yang akut. Ribut tiroid ini menyebabkan anda mendapat demam, peningkatan degupan jantung, dan juga perubahan fungsi otak seperti kekusutan pemikiran, sawan, cemas keterlaluan dan mungkin juga menyebabkan koma.
Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan degupan jantung juga mungkin perlu diberikan.
Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan dengan niat untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid anda. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan yang boleh membantu.
Sekiranya anda mendapati adanya bengkak kecil iaitu nodular pada kelenjar tiroid, pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ianya kanser ataupun masalah nodular biasa.
Pemeriksaan ultrasound dan juga biopsi ataupun aspirasi menggunakan jarum perlu dilakukan. Rawatan lanjut akan dibincangkan doktor dengan anda semasa lawatan kesihatan susulan.

* Penyakit tiroid semasa mengandung

Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.
Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubatnya secara berkala di samping ujian darah dan juga ujian-ujian lain yang difikirkan perlu.
Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit-pesakit semasa mengandung. Ada juga sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin.
Ini dipanggil sebagai postpartum tiroiditis. Lazimnya paras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke paras normal dengan pantas. Namun, ada segelintir daripada ibu terbabit yang mungkin akan mengalami hipotiroidisma pada masa hadapan.
Perlu ditegaskan di sini bahawa ujian pengesanan ataupun ujian darah hormon-hormon tiroid bukan merupakan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.