Thursday, March 8, 2012

Diagnosis




Sekiranya pesakit menghidap simptom yang mencadangkan kewujudan sel kanser tiroid, doktor mungkin menjalankan pemeriksaan fizikal dan bertanya mengenai sejarah perubatan diri dan keluarganya.
Doktor yang merawat itu boleh menjalankan ujian makmal dan pengimejan untuk menghasilkan gambaran tiroid serta kelenjar lain.
Pemeriksaan fizikal: Sebelum itu, doktor akan merasa tengkuk, tiroid, peti suara dan nodus limfa untuk memeriksa sebarang ketumbuhan atau bengkak.
Ujian darah: Doktor mungkin menguji darah pesakit untuk sebarang keluarbiasaan paras hormon rangsangan tiroid (TSH) dalam darah.
TSH terdiri daripada kelenjar pituitari dalam otak dan mampu merangsang pelepasan hormon tiroid serta mengawal kepantasan pertumbuhan sel folikular tiroid.
Ultrasonografi: Alat ultra bunyi menggunakan gelombang bunyi melantun pada tiroid dan komputer menggunakan gema untuk menghasilkan imej dipanggil sonogram.
Dari gambar itu, doktor boleh mengenal pasti bilangan nodul, saiz dan adakah mendatangkan bahaya kepada pesakit.
Pengimbasan Radionuklida: Doktor mengarahkan pengimbangan perubatan nuklear yang menggunakan sedikit bahan radioaktif untuk menimbulkan imej nodul tiroid.
Biopsi: Pembuangan tisu untuk mencari sel  kanser  dipanggil biopsi. Ia boleh menunjukkan  kanser  , perubahan tisu yang boleh mengakibatkan  kanser  dan keadaan lain. Biopsi merupakan satu-satunya cara terbaik untuk mengesan sama ada nodul itu bersifat  kanser  atau tidak.

No comments:

Post a Comment