Thursday, March 8, 2012

Tentang kanser Tiroid






Kanser tiroid merujuk kepada empat jenis tumor malignan pada kelenjar tiroid iaitu papilari, folikular, medulari atau anaplastik.

Kanser tiroid papilari dan folikular:

l Merupakan jenis kanser tiroid paling lazim dijumpai berbanding jenis lain. Kedua-duanya bermula pada sel folikular pada tiroid. Kebanyakan  kanser  jenis ini tumbuh dengan perlahan tetapi jika dikesan lebih awal, ia mampu dirawat dengan jaya.

Kanser tiroid medulari:

l Terdiri daripada lima hingga 10 peratus kes  kanser  tiroid yang muncul dalam sel C tetapi ia lebih mudah dikawal jika dikesan dan dirawat sebelum merebak ke bahagian lain.

Kanser tiroid anaplastik:

l Jenis  kanser   tiroid yang paling kurang ditemui (hanya satu atau dua peratus) dan timbul dalam sel folikular. Sel  kanser   jenis ini amat luar biasa dan sukar dikenal pasti. Ia juga sukar dikawal berbanding sel  kanser  lain kerana biasanya tumbuh serta merebak dengan pantas.

Nodul tiroid boleh menjadi sama ada tidak berbahaya (benign) atau berbahaya (malignan). Sel nodul tidak berbahaya, merebak ke organ lain dalam badan mahupun mengancam nyawa. Kira-kira 90 peratus nodul tiroid adalah tidak berbahaya.

Namun nodul malignan bersifat  kanser  . Ia lebih serius dan kadangkala boleh meragut nyawa. Sel  kanser  boleh menceroboh, merosakkan tisu, organ dalam badan dan memasuki saluran darah atau sistem limfa.

Menerusi cara inilah  kanser  disebarkan daripada sel asalnya (tumor utama) untuk membentuk tumor baru dalam organ lain. Penyebaran  kanser  ini dipanggil metastasis.

Sekiranya metastasis berlaku di luar tiroid, sel  kanser  biasa ditemui pada nodus limfa berhampiran, urat saraf atau pembuluh darah. Apabila  kanser  sampai di nodus berkenaan, sel  kanser  mungkin juga telah merebak ke nodus limfa atau organ lain seperti paru-paru dan tulang.


No comments:

Post a Comment